image05 image06 image07 image07
Powered by Blogger.
Tagged under:

Program Motivasi dan Kecemerlangan UPSR




Pada 13 - 15 Julai yang lalu, pihak SK Long Sobeng, Tinjar telah menganjurkan Program Motivasi dan Kecemerlangan UPSR 2012 yang menggabungkan tiga sekolah iaitu SK Long Sobeng, SK Long Loyang dan SK Long Aton.

Program ini lebih dikenali sebagai program motivasi dan kecemerlangan kelompok Loyang-Sobeng-Aton (LSA). Program LSA 2012 kali ini melibatkan semua pelajar tahun 6 SK Long Sobeng dan 12 orang pelajar masing-masing dari SK Long Loyang dan SK Long Aton.


Program LSA ini telah dirasmikan oleh En. Frankie Njau Uchat, Guru Besar SK Long Sobeng. Antara guru yang turut hadir semasa program LSA ialah En. Sanusi (PK 1), Pn. Olivia dan En. Uchong dari SK Long Aton. Manakala SK Lon Loyang telah menghantar tiga orang guru pengiring yang diwakili oleh En Lasa, Pn. Grace dan En. Khalid.

Pelabagai akttiviti diadakan semasa program. Antaranya program motivasi yang dikendalikan oleh En. Nyuak Nyandang, PK 1 SK Long Sobeng, serta empat bengkel Jawab Untuk Jaya (JUJ) yang dikendalikan oleh En. Kevin, (BM), En. Ngau (BI), En. Tai (Sn) dan En Nurjailam (Mt). Program JUJ ini juga dibantu oleh guru pengiring yang hadir bersama.

Selain itu, program juga diserikan dengan majlis Malam Kebudayaan yang mempersembahkan pelbagai persembahan seperti tarian dan nyanyian yang dipersembahkan oleh semua peserta program.



Adik Mariana Epoi telah menjadi pelajar terbaik keseluruhan program. Tahniah.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga guru dan kakitangan sokongan SK Long Sobeng, semua guru pengiring dan para pelajar yang menjayakan program LSA kali ini. Semoga program ini dapat meningkatkan mutu pencapaian murid dan seterusnya dapat membantu murid dalam ujian UPSR akan datang.


Tagged under:

Hari Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan

Tarikh : 17 November 2011
Hari : Khamis
Tempat : SK Long Sobeng, Tinjar
Program seperti ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Dengan adanya pengiktirafan seperti ini akan menyuntik lagi semangat pelajar untuk berusaha lebih gigih lagi. Tahniah di ucapkan kepada pelajar yang berjaya.
Tetamu Kehormat, Councillor En Jarau Braim

 Pelajar-pelajar mempersembahkan tarian tradisi Datun Julut

Salah seorang pelajar yang menerima hadiah

Tagged under:

PKSR 3

Tajuk : Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah kali 3 Sesi Akademik 2011
Tarikh : 6 - 9 September 2011
Penglibatan : Semua Pelajar  Tahun 1 - 6

"Selamat Maju Jaya"