Pada 13 - 15 Julai yang lalu, pihak SK Long Sobeng, Tinjar telah menganjurkan Program Motivasi dan Kecemerlangan UPSR 2012 yang menggabungkan tiga sekolah iaitu SK Long Sobeng, SK Long Loyang dan SK Long Aton.
Program ini lebih dikenali sebagai program motivasi dan kecemerlangan kelompok Loyang-Sobeng-Aton (LSA). Program LSA 2012 kali ini melibatkan semua pelajar tahun 6 SK Long Sobeng dan 12 orang pelajar masing-masing dari SK Long Loyang dan SK Long Aton.
Program LSA ini telah dirasmikan oleh En. Frankie Njau Uchat, Guru Besar SK Long Sobeng. Antara guru yang turut hadir semasa program LSA ialah En. Sanusi (PK 1), Pn. Olivia dan En. Uchong dari SK Long Aton. Manakala SK Lon Loyang telah menghantar tiga orang guru pengiring yang diwakili oleh En Lasa, Pn. Grace dan En. Khalid.
Pelabagai akttiviti diadakan semasa program. Antaranya program motivasi yang dikendalikan oleh En. Nyuak Nyandang, PK 1 SK Long Sobeng, serta empat bengkel Jawab Untuk Jaya (JUJ) yang dikendalikan oleh En. Kevin, (BM), En. Ngau (BI), En. Tai (Sn) dan En Nurjailam (Mt). Program JUJ ini juga dibantu oleh guru pengiring yang hadir bersama.
Selain itu, program juga diserikan dengan majlis Malam Kebudayaan yang mempersembahkan pelbagai persembahan seperti tarian dan nyanyian yang dipersembahkan oleh semua peserta program.
Adik Mariana Epoi telah menjadi pelajar terbaik keseluruhan program. Tahniah.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga guru dan kakitangan sokongan SK Long Sobeng, semua guru pengiring dan para pelajar yang menjayakan program LSA kali ini. Semoga program ini dapat meningkatkan mutu pencapaian murid dan seterusnya dapat membantu murid dalam ujian UPSR akan datang.





